The SDARA Annual Dinner was successfully held at Dewan Sri Antan Putrajaya on 26 Dis 2008. I was given the honour of reciting the opening doa. Manage to meet long lost acquintances including Nik in the photo.
Hampir setahun saya tidak menulis diruangan ini. Cukup deras rupanya masa berjalan. Umur dah masuk golongan warga emas. Banyak peristiwa berlaku sepanjang 2008. Nanti akan diceritakan. Teman teman juga banyak peristiwa, yang nyata ramai kawan yang melangsungkan perkahwinan anak anak tapi sayang tak dapat untuk memenuhi undangan mereka. Maaflah ya.
Tahun ini juga dapat menantu ketiga. Selepas beberapa bulan mengikat tali pertunangan, akhirnya mereka diijab qabulkan pada 11 Dis 2008 bersamaan 13 Dzulhijjah 1429.
Sempena 1 Muharram 1429, satu pakatan orang Kelantan Langkawi telah menyediakan bubor asyura atau lebih dikenali dengan sugho dalam loghat orang sana. 6(enam) kawah sugho dimasak dan melibatkan penyertaan lebih dari 100 orang . Jam 1.30, ada kawah yang dah masak dan boleh cuba. Ini kali ke-2 dibuat dan cadangnya nak buat acara tahunan di Masjid al Hana, Langkawi.
Sekarang giliran si bapa pula untuk keluar. Kali ini ke Muar. Perjalanan dimulakan dari K Perlis bersama dengan 2 anak anak yang lain, masing masing akan memulakan kuliah. Harith akan ke UNIM dan Hafidz pula akan ke Sg Gadut. Disamping tu kami nak singgah kat Muar dulu tengok anak dan menantu no.2 serta cucu no.2
Bertolak dari K Perlis jam 8.30mlm pada 31 Dis 2007 dan tahun depanya baru sampai. Tetapi pagi tu ambil keputusan singgah kat Melaka Sentral untuk Solat Subuh. Jam 8.00 pagi ambil bas lain dgn tambang Rm3.90 ke Muar. Perjalanan mengambil masa 50 minit.
Muar hari pertama tahun 2008!, apasal banyak aerial yang tinggi tinggi ni..kata anak mereka nak dapatkan siaran dari Singapura dan Indonesia. Ish Astro yang banyak siaran tu pun dah banyak program untuk dituntun. Mungkin siaran siaran ni percuma.
Alhamdulillah ahli keluarga di Muar nampaknya sihat sihat. Mereka bertugas di Hospital Pakar Sultanah Aminah.
Hari ke-2 dalam perjalanan menuju ke Seremban, singgah di rumah Pengarah Hospital, Dr Fauzi Abu di Tanjung Agas.
Sampai Seremban bertemu dengan bisan dirumah mereka di Taman Temiang Jaya dan sempat juga melawat SASER dulunya SDAR dan sempat diberi taklimat dan dibawa melawat oleh Pengetuanya Tn Hj Kamaluddin Taib.
Malamnya bertolak balik jam 10.30 mlm ke K.Perlis tetapi turun di Shahab Perdana Alor Setar untuk solat subuh. Dengan bantuan En Yusof, staff di Sg Baru kami menuju ke K Perlis untuk ambil feri ke Langkawi.
Tahun 2008. Anak ke-7 Musyirah telah melaporkan diri di DQ KKB pada 29 Disember 2007. Ini pertama kali empat beranak menaiki bas 2 tingkat dari K Perlis ke Shah Alam. Last time naik bas 2 tingkat ni di London..itu 30 tahun dahulu.
Pendaftaran kursus Sijil Tahfiz ini diadakan pada 29 Disember 2008.
Blog ini adalah bertujuan memaparkan kehidupan dan perkembangan keluarga kami. Ahli ahli keluarga yang berada diseluruh pelusuk tanah air dapat terus berhubung dan bertukar maklumat melalui blog ini.