Family Journey
Capturing moments in the family
Saturday, September 17, 2011
Wednesday, December 31, 2008
Alumni SDARA Annual Dinner 2009
Perkahwinan Asma dan Munawwar
Maal Hijrah 1430 & Selamat Tahun Baru 2009

Hampir setahun saya tidak menulis diruangan ini. Cukup deras rupanya masa berjalan. Umur dah masuk golongan warga emas. Banyak peristiwa berlaku sepanjang 2008. Nanti akan diceritakan. Teman teman juga banyak peristiwa, yang nyata ramai kawan yang melangsungkan perkahwinan anak anak tapi sayang tak dapat untuk memenuhi undangan mereka. Maaflah ya.
Tahun ini juga dapat menantu ketiga. Selepas beberapa bulan mengikat tali pertunangan, akhirnya mereka diijab qabulkan pada 11 Dis 2008 bersamaan 13 Dzulhijjah 1429.
Sunday, February 10, 2008
Majlis Pertunangan Anak Ke 3
Monday, January 14, 2008
Masak Bubor Asyura

Sempena 1 Muharram 1429, satu pakatan orang Kelantan Langkawi telah menyediakan bubor asyura atau lebih dikenali dengan sugho dalam loghat orang sana. 6(enam) kawah sugho dimasak dan melibatkan penyertaan lebih dari 100 orang . Jam 1.30, ada kawah yang dah masak dan boleh cuba. Ini kali ke-2 dibuat dan cadangnya nak buat acara tahunan di Masjid al Hana, Langkawi.
Thursday, January 3, 2008
Lawatan Ke Muar
Sekarang giliran si bapa pula untuk keluar. Kali ini ke Muar. Perjalanan dimulakan dari K Perlis bersama dengan 2 anak anak yang lain, masing masing akan memulakan kuliah. Harith akan ke UNIM dan Hafidz pula akan ke Sg Gadut. Disamping tu kami nak singgah kat Muar dulu tengok anak dan menantu no.2 serta cucu no.2
Bertolak dari K Perlis jam 8.30mlm pada 31 Dis 2007 dan tahun depanya baru
sampai. Tetapi pagi tu ambil keputusan singgah kat Melaka Sentral unt
uk Solat Subuh. Jam 8.00 pagi ambil bas lain dgn tambang Rm3.90 ke Muar. Perjalanan mengambil masa 50 minit.
Muar hari pertama tahun 2008!, apasal banyak aerial yang tinggi tinggi ni..kata anak mereka nak dapatkan siaran dari Singapura dan Indonesia. Ish Astro yang banyak siaran tu pun dah banyak program untuk dituntun. Mungkin siaran siaran ni percuma.
Alhamdulillah ahli keluarga di Muar nampaknya sihat sihat. Mereka bertugas di Hospital Pakar Sultanah Aminah.
Hari ke-2 dalam perjalanan menuju ke Seremban, singgah di rumah Pengarah Hospital, Dr Fauzi Abu di Tanjung Agas.
Sampai Seremban bertemu dengan bisan dirumah mereka di Taman Temiang Jaya dan sempat juga melawat SASER dulunya SDAR dan sempat diberi taklimat dan dibawa melawat oleh Pengetuanya Tn Hj Kamaluddin Taib.
Malamnya bertolak balik jam 10.30 mlm ke K.Perlis tetapi turun di Shahab Perdana Alor Setar untuk solat subuh. Dengan bantuan En Yusof, staff di Sg Baru kami menuju ke K Perlis untuk ambil feri ke Langkawi.
Bertolak dari K Perlis jam 8.30mlm pada 31 Dis 2007 dan tahun depanya baru
Muar hari pertama tahun 2008!, apasal banyak aerial yang tinggi tinggi ni..kata anak mereka nak dapatkan siaran dari Singapura dan Indonesia. Ish Astro yang banyak siaran tu pun dah banyak program untuk dituntun. Mungkin siaran siaran ni percuma.
Hari ke-2 dalam perjalanan menuju ke Seremban, singgah di rumah Pengarah Hospital, Dr Fauzi Abu di Tanjung Agas.
Sampai Seremban bertemu dengan bisan dirumah mereka di Taman Temiang Jaya dan sempat juga melawat SASER dulunya SDAR dan sempat diberi taklimat dan dibawa melawat oleh Pengetuanya Tn Hj Kamaluddin Taib.
Malamnya bertolak balik jam 10.30 mlm ke K.Perlis tetapi turun di Shahab Perdana Alor Setar untuk solat subuh. Dengan bantuan En Yusof, staff di Sg Baru kami menuju ke K Perlis untuk ambil feri ke Langkawi.
Subscribe to:
Comments (Atom)


